Malaysia teliti beberapa perkara berkaitan jambatan ketiga

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Malaysia sedang meneliti beberapa perkara sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Malaysia dengan Singapura, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata penelitian itu termasuk dari segi kos pembinaan, daya maju projek dan kesan jangka panjang.

"Kita (Malaysia) akan mengadakan perbincangan selanjutnya (dengan Singapura) tentang beberapa isu yang perlu diberi fokus untuk diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Melaka International School di sini, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga bersama Malaysia.

Najib dilaporkan berkata minat Singapura itu dilahirkan oleh Menteri Mentor republik berkenaan, Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya.

Nor Mohamed berkata sebuah jawatankuasa bersama antara Malaysia dan Singapura diwujudkan bagi melihat dan meneliti secara mendalam perkara-perkara berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, Singapura nampaknya ingin juga menyelesaikan beberapa isu supaya kedua-dua pihak mencapai keputusan dalam keadaan menang-menang.

Berucap merasmikan sekolah itu, katanya model ekonomi baru akan terus memberi keutamaan terhadap bidang pendidikan di negara ini bagi melahirkan modal insan yang mampu memajukan negara.

Melalui pendidikan, menurutnya Malaysia telah membangun dengan begitu pesat termasuk jumlah rakyat miskin kini banyak berkurangan berbanding sejak negara mula mencapai kemerdekaan.

"Tidak ada negara lain yang tiaptiap tahun memberi peruntukan sebanyak 25 peratus daripada bajet untuk pendidikan dan melalui pendidikan kita dapat mengangkat rakyat dengan begitu banyak jumlahnya dari keadaan kemiskinan untuk menjadi profesional, kumpulan kelas sederhana dan hidup selesa," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan