Isu Ambalat: Malaysia kemuka 13 nota bantahan

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Teknikal Malaysia dan Indonesia bagi menyelesaikan isu sempadan di Ambalat akan bermesyuarat di negara ini bulan depan, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu adalah kali ke14 setelah sebanyak 13 buah mesyuarat diadakan oleh jawatankuasa teknikal itu sejak 2005.

"Mesyuarat itu adalah satu langkah lagi ke arah penyelesaian isu itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kakitangan Kementerian Luar di sini.

Beliau berkata Malaysia telah mengemukakan 13 nota bantahan kepada Indonesia berhubung pencerobohan pihak Indonesia di Ambalat sejak 2007 hingga April lepas.

Kerajaan masih menunggu laporan daripada agensi penguatkuasaan mengenai insiden terbaru pihak Indonesia di kawasan itu baru-baru ini sebelum mengemukakan nota bantahan. Anifah juga menjelaskan Malaysia menggunakan istilah Laut Sulawesi dan bukannya Ambalat apabila merujuk kawasan yang menjadi pertikaian itu.

Ini kerana secara khususnya istilah Ambalat merujuk blok konsesi carigali minyak dan gas di kawasan itu, katanya.

Beliau berkata mesyuarat ketua-ketua perwakilan Malaysia di luar negara akan diadakan di sini dari 18 Jun hingga 26 Jun.

Ia bertujuan antaranya menjelaskan arah tuju dasar luar negara di bawah kepimpinan baru negara serta membincangkan pengalaman dan cabaran pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerangkan konsep 1Malaysia daripada segi aspirasi dan matlamatnya pada mesyuarat itu, katanya.

Sebelum majlis itu, Anifah menyampaikan surat perlantikan kepada Wakil Tetap Malaysia ke Asean Datuk Hsu King Bee di pejabatnya di sini.

Perlantikan Hsu adalah bagi tempoh dua tahun dan beliau akan berpejabat di Sekretariat Asean di Jakarta.

Hsu merupakan bekas Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Luar dan sebelum ini Wakil Tetap Malaysia ke Geneva. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan