Datuk Ruby Lee meninggal dunia

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Datuk Ruby Lee, 82 meninggal dunia semalam di kediaman beliau di Seksyen 5, Petaling Jaya.

Acara sembahyang pengkebumian akan diadakan di Gereja St. Mary's Anglican, Jalan Raja di sini pada pukul 11 pagi Rabu ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga Lee di sini.

Anak sulung mendiang, Michael Lee melahirkan rasa terima kasih beliau kepada ramai rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian daripada misi ibunya yang menghabiskan hari hari terakhirnya di atas kerusi roda setelah diserang penyakit angin ahmar dan kanser.

"Ibu saya dilahirkan untuk menolong yang lain dan ini dilakukannya dengan semangat tanpa mengenal penat bagi bekerja untuk meringankan kesengsaraan dan kesukaran dalam sebarang tragedi atau keadaan yang kritikal," kata beliau.

Lee yang memegang jawatan setiausaha agung PBSM selama 32 tahun mulai 1965 hingga 1996, meninggalkan suami Datuk Douglas K.K Lee dan anak, Michael, Kenny dan Janet, menantu Phyllis Chan, Noor Salasawati dan Sonny Lim serta empat orang cucu.

Beliau yang menyertai pergerakan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1953 merupakan salah seorang setiausaha agung pertubuhan kemanusiaan yang paling lama berkhidmat di dunia.

Lee telah dianugerahkan dengan pingat tertinggi pergerakan Palang Merah /Bulan Sabit Antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland, Henry Dunant medal pada Mac tahun ini di atas penglibatan, dedikasi dan pengorbanan beliau dalam persatuan ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan