Anwar tidak ambil kira perasaan rakyat, kata Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil kira sensitiviti dan perasaan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama apabila membuat kenyataan berhubung isu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apa yang disebut oleh Anwar amat dikesali kerana beliau seolah-olah mahu melupakan sejarah, penderitaan dan pengorbanan anggota keselamatan serta mereka yang telah terkorban.

"Isu ini telah didebatkan di media massa dan pelbagai pihak telah tampil memberi pandangan dengan menolak sebarang usaha untuk membawa balik Chin Peng ke negara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar berhubung isu Chin Peng semalam. Beliau berkata tindakan untuk mengizinkan Chin Peng ke negara ini hanya akan mengguris hati semua pihak, terutamanya anak cucu pejuang yang telah bermati-matian berjuang untuk kepentingan rakyat dan kaum di negara ini.

Hishammuddin berkata pejuang yang mempertahankan anak bangsa dan kemerdekaan negara sudah pasti kecewa serta terkilan dengan perkembangan terbaru berhubung isu ini apabila Anwar membuat kenyataan yang terlalu bertentangan dengan kehendak rakyat.

"Anwar perlu sedar bahawa tindakannya bukan sahaja tidak disenangi tetapi telah mengundang kemarahan pelbagai pihak," katanya.

Semalam, Anwar mahu kerajaan menimbang kembali usaha membawa Chin Peng untuk menghabiskan harihari terakhirnya di negara ini.

Permintaan itu wajar dibenarkan atas alasan negara sudah berdamai dengan kerajaan komunis China, kata Anwar. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan