Sokong kerajaan perpaduan belakangi kuasa Mursyidul Am PAS - Nik Aziz

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew (kiri) yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau yang juga Mursyidul Am PAS di pejabatnya  hari ini. Lee, 85, yang juga Bapa Singapura Moden melakukan kunjungan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lepas. --fotoBERNAMA
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew (kiri) yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau yang juga Mursyidul Am PAS di pejabatnya hari ini. Lee, 85, yang juga Bapa Singapura Moden melakukan kunjungan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lepas. --fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai "boneka Umno".

Nik Aziz turut menegaskan pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya.

"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini membidas sesetengah pemimpin PAS yang masih mempertahankan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu..

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan