Pemuda MIC perlu muhasabah diri - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC perlu melakukan muhasabah diri dan perlu merancang dengan teliti bagi tindakan, kemajuan dan hala tujunya untuk tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel hari ini.

Beliau berkata sayap itu juga perlu mengenal pasti keutamaannya daripada segi keperluan masyarakat itu.

"Pemuda MIC mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan untuk melibatkan penyertaan semua belia India di negara ini. Ia satu cabaran yang besar dan saya dengan jujur mengakui yang perkara itu dapat dilakukan dengan jayanya.

"Pada tahap ini dalam sejarah negara kita, mengambil kira peranan dan kedudukan masyarakat India, kita tiada pilihan kecuali untuk berjaya.

"Pemuda perlu menumpukan kekuatan dan meningkatkan keupayaan mereka. Dan, bagi kalangan kita yang memang arif dengan kelemahan kita, dan akan memastikan ia dieksploitasi," katanya dalam kenyataan.

Kelemahan berkenaan perlu diatasi, kata Palanivel yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Apakah yang diharapkan oleh golongan muda India dalam politik dan pemimpin politik? Apa yang boleh ditawarkan oleh MIC? Apakah bidang yang kita telah berjaya dan apakah bidang yang kita telah gagal?

"Ini merupakan soalan serius yang perlu ditangani dengan jujur dan tanpa rasa takut. Kecuali kita berani untuk mendapatkan jawapan sebenar, kita tidak boleh merancang dan meneruskan kisah kejayaan kita untuk tahun-tahun mendatang. Ini merupakan kerja kita yang pertama pemikiran yang jelas dalam usaha kita untuk berjaya," katanya.

Palanivel juga berkata sayap Pemuda perlukan pemimpin yang komited, bersedia untuk bekerja dan mengharungi jalan berliku yang menanti dan berwawasan serta bertenaga daripada segi rohani dan jasmani.

"Kita perlukan pemimpin Pemuda yang faham bagaimana untuk bekerja dan memanfaatkan sepenuhnya input daripada pemimpin berpengalaman dan berusia kerana terlalu banyak pengajaran yang kita telah pelajari dan kita perlu menggunakannya untuk "memperkukuhkan" agenda Pemuda supaya, melalui penterjemahan bijak, mereka boleh mengorak langkah seterusnya dengan yakin dan komited," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan