Niosh mahu kontraktor sediakan pernyataan dasar keselamatan

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) mahu kontraktor yang membida untuk mendapatkan kontrak supaya menyediaan pernyataan mengenai dasar keselamatan.

Selain pernyataan itu, yang menjadi sistem mengenal pasti bahaya, penilaian risiko dan pengawalan risiko (HIRARC), mereka juga perlu menyediakan maklumat berhubung pengalaman dan latihan keselamatan yang diberi kepada pekerja mereka, kata pengerusi Niosh Tan Sri Lee Lam Thye.

Pemaju mempunyai tanggungjawab untuk memilih kontraktor yang cekap dan mengutamakan keselamatan, dan pembida paling rendah yang diterima tidak seharusnya sehingga mengorbankan keselamatan dan kesihatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Mereka yang mewujudkan risiko dan bahaya berada dalam kedudukan yang baik untuk menguruskannya. Kontraktor atau subkontraktor perlu bertanggungjawab dan memberikan komitmen penuh kepada kerja berkualiti dan standard serta amalan keselamatan," katanya.

Lee berkata setiap orang yang terlibat dalam industri pembinaan perlu menyedari akibat buruk jika melanggari garis panduan keselamatan dan mencari jalan pintas, reka bentuk lemah, kerjakerja kurang bermutu serta kekurangan pengawasan.

NIOSH menggesa semua industri, terutamanya industri pembinaan, supaya sentiasa sensitif terhadap permintaan bagi keselamatan di tempat kerja dan berusaha ke arah mencapai sasaran bebas daripada kemalangan atau kemalangan sifar, katanya.

Nasihat yang dikeluarkan oleh Niosh itu berikutan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan bangunan ekoran kejadian struktur runtuh, termasuk sebahagian daripada bumbung sebuah stadium di Terengganu dan bangunan yang sedang dirobohkan di Petaling Jaya, Selangor. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan