IPU bertambah baik, jarak ketampakan lebih 5km

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan yang turun di sana sini walaupun untuk sesekejap telah meredakan cuaca berjerebu dan menambak baik ketampakan di kebanyakan bahagian negara.

Pada umumnya jarak ketampakan yang dicatatkan di kebanyakan tempat adalah lebih 5km, kata jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD).

Kualiti Udara di kebanyakan kawasan kritikal seperti Pelabuhan Klang, Cheras dan Shah Alam juga semakin jauh bertambah baik, dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras antara sihat dan sederhana.

IPU yang dicatatkan pada laman web Jabatan Alam Sekitar (DOE) pada 5 ptg ini menunjukkan bacaan bagi pelabuhan Klang ialah 67 berbanding 89 semalam.

IPU bagi Putrajaya, Cheras, Shah Alam dan Petaling Jaya masingmasing pada 65, 63, 57 dan 56. Bagaimanapun, kualiti udara di Miri merosot kepada 76 dari 69 semalam.

Sementara itu, Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) di Singapura melaporkan 13 tompokan panas dikesan di Malaysia tujuh di Semenanjung dan selebihnya di Sarawak, sementara Sabah tiada tompokan panas dikesan.

Pusat itu juga melaporkan 99 tompokan panas di Sumatra dan 12 di Kalimantan, Indonesia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan