Hujan bantu redakan Jerebu, IPU bertambah baik

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan bahagian negara terus bertambah baik petang Sabtu, demikian menurut bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terbaru.

Hujan yang turun sesekejap di sana sini yang diramalkan berterusan selama dua tiga hari lagi juga dijangka terus meredakan pencemaran.

Indeks yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (DOE) pada 5 petang ini menunjukkan kesemua 49 kawasan yang dipantau mencatatkan tahap IPU sihat dan sederhana.

Pelabuhan Klang mencatatkan IPU sederhana 89, berbanding 94 pagi ini, sementara kualiti udara di Cheras turut bertambah baik dengan bacaan 76 dan Batu Muda 75.

Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Selangor masing-masing juga mencatat paras IPU sederhana 74.

Dari seluruh kawasan yang dipantau, 24 mempunyai paras IPU sihat. Ini termasuk Kangar (23), Limbang (26), Sri Aman (31) dan Langkawi (30).

Bagaimanapun, beberapa kawasan mengalami kemerosotan seperti Sandakan, Sabah dengan bacaan IPU 46 dari 29 pagi ini dan Kemaman, Terengganu dengan bacaan 51 dari 43 pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan hujan ribut di sana sini pada sebelah petang di beberapa kawasan dalam tiga hari akan datang termasuk di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang selatan, Negeri Sembilan dan Johor.

Seorang pegawai jabatan itu memberitahu Bernama, pada tengah hari ini, bahagian satelit jabatan itu mengesan 38 tompokan panas dengan satu di Semenanjung Malaysia, tiga di Sabah, tujuh di Sarawak, empat di Kalimantan dan 23 di Sumatera. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan