Anwar tidak hargai pengorbanan ATM pertahankan negara - Mukhriz

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak menghargai pengorbanan anggota tentera demi mempertahankan rakyat dan negara daripada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) apabila meminta bekas setiausaha agung PKM Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kenyataan ketua pembangkang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghargai dan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera yang terkorban dan ada yang cacat seumur hidup angkara kekejaman PKM.

Mukhriz berkata kenyataan Anwar yang menyamakan PKM dan pengganas Chin Peng dengan Kerajaan China serta Parti Komunis China tidak masuk akal selain tidak bertanggungjawab.

"Chin Peng seorang yang rasis, tidak berperikemanusiaan dan tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenarnya," katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

Mukriz mengulas kenyataan Anwar hari ini bahawa Chin Peng seharusnya dibenarkan pulang ke tanah air untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan.

Anwar berkata ia adalah konsisten dengan dasar negara yang mengadakan perjanjian damai dengan PKM malah telah pun membawa beberapa bekas tokoh parti itu pulang ke tanah air sebelum ini.

Menurut Mukhriz sejarah telah merakamkan pembunuhan rakyat Malaya yang dilakukan oleh PKM pimpinan Chin Peng dan bukannya atas arahan kerajaan China pada waktu itu.

"Saya cabar Anwar untuk mendapatkan seorang anggota ATM yang setuju dengan pandangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali AlHabshee memberitahu Bernama bahawa Chin Peng telah banyak menimbulkan masalah dan sekiranya dia kembali, banyak lagi masalah akan berlaku.

"Orang dulu kena kerat, kena bom, kena seksa, kena tembak atas arahan dia (Chin Peng) lepas tu nak bagi dia balik. Tidak adil untuk Anwar mengeluarkan kenyataan seperti itu," tegas Syed Ali.

Beliau berkata Anwar hanya inginkan populariti dan mengeluarkan kenyataan sebegini untuk meraih sokongan orang Cina. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan