Ahmad Maslan turun padang untuk bawa perubahan kepada rakyat DUN Manek Urai

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan turun padang baru-baru ini untuk menyelami sendiri denyut nadi rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, sejajar dengan kehendak Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan ahli politik berkhidmat demi kepentingan rakyat.

Ketika berada di DUN Manik Urai, Ahmad menyertai penduduk setempat bergotong-royong membersihkan jalan dan kawasan perkuburan selain turut serta menoreh getah, iaitu punca rezeki 70 peratus penduduk di kawasan itu.

"Kaedah rapat dengan rakyat serta cuba menyelesaikan masalah mereka ini tentunya akan dinilai dengan baik ketika hari mengundi nanti," kata Ahmad dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Ahmad berkata sungguhpun Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai nanti, ia tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri Kelantan yang masih diterajui PAS.

"Walaupun begitu, kemenangan BN bakal membawa perubahan kepada rakyat Manik Urai yang pastinya akan dijadikan seumpama anak emas atau seumpama DUN angkat Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN. Pastinya tumpuan seluruh pimpinan BN akan berpusat di Manik Urai jika BN menang di situ," katanya.

"Saya yakin pengundi Manik Urai akan memilih dengan penuh bijaksana walaupun di kalangan penyokong PAS atau atas pagar, apabila menyedari hakikat bahawa selama ini segala pembangunan yang ada merupakan jasa bakti serta khidmat budi kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

Pembangunan itu, katanya dilaksanakan oleh pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan termasuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Felcra, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Risda, Mara dan Jabatan Pertanian.

Ketika berada di Kampung Budi awal minggu lepas, Ahmad bersamasama 120 penduduk kampung, termasuk penyokong PAS dan Umno, mengadakan program gotongroyong membersihkan jalan dan kawasan perkuburan.

"Saya sendiri memotong rumput menggunakan mesin hampir sejam sehingga selesai majlis. Pada sebelah malam saya menginap di rumah Saudara Sulaimi di Kampung Karangan Manik Urai.

"Saya juga menziarah 11 buah rumah penduduk yang tua, sakit dan daif di sekitar peti undi Manjor dan Manik Urai Lama selain bersembang dan minum di empat buah warung serta solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjemaah di Masjid Kampung Karangan," katanya.

"Secara umumnya, kaedah komunikasi atau penerangan bersemuka yang dilaksana agak menarik perhatian penduduk. Ulasan mereka ratarata menyatakan bahawa gagasan rakyat didahulukan itu boleh digambarkan melalui program rapat berjumpa rakyat begini. Pada minggu sudah saya menoreh getah di sebuah kebun di Bukit Budu... hampir 70 peratus penduduk di sini penoreh getah," kata Ahmad. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan