5,000 rumah panjang di Sarawak akan sertai kempen 1Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kempen 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diteruskan ke 5,000 buah rumah panjang di seluruh Sarawak, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Gawai Dayak 2009 di sini Sabtu malam, Rais berkata rakyat Sarawak tidak kira di mana mereka berada tidak akan terlepas daripada sama-sama untuk merealisasikan kempen 1Malaysia yang menjadi asas kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memastikan semua rumah panjang iaitu sebanyak 5,000 buah terlibat dalam program lanjutan seperti gawai malam ini melalui program yang akan diatur oleh pihak kementerian saya," katanya.

Menurutnya sambutan MRTM Gawai Dayak 2009 yang bertemakan "1Malaysia Segulai Sejalai," merupakan satu anugerah kepada rakyat Malaysia di atas keistimewaan negara ini yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan bangsa dengan perasaan keseronokan serta muhibbah pada ketika ini tidak dapat dirasai oleh kebanyakan penduduk negara lain.

Kementerian bersedia memberikan khidmat nasihat dan menghulur bantuan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk aktivis budaya dan cendekiawan, yang ingin melaksanakan gagasan tersebut bagi menjayakannya, katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata sejak 1965 sambutan Gawai Dayak telah dinaikkan menjadi satu sambutan nasional oleh seluruh masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Katanya rakyat berbilang kaum di negeri ini perlu meneruskan sokongan dan kerjasama mereka dengan kaum lain di Malaysia untuk memastikan mereka kekal dapat terus maju bersama.

"Selepas 45 tahun kita merdeka dalam Malaysia, kaum di negeri ini telah dapat bersatu dan maju kehadapan walaupun agak sedikit perlahan, tetapi apa yang pasti identiti anak Sarawak tetap kita pertahankan," katanya.

Taib berkata langkah untuk mempertahankan dan memperkayakan lagi budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini akan diteruskan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan