St John Ambulance Perak sasar tambah anggota

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: St John Ambulance of Malaysia (SJAM) Perak akan mengedarkan 20,000 borang keanggotaan bagi menarik lebih ramai golongan belia dan pelajar sekolah menggangotai pertubuhan itu dalam masa terdekat, kata Pemerintah SJAM Negeri Perak, Datuk Mohd Zainal Abidin Abd Kadir.

Katanya ia adalah sebahagian daripada usaha memastikan sekurang-kurangnya sebuah rumah memiliki seorang anggota SJAM yang mampu memberi bantuan semasa kecemasan.

"Setiap anggota juga mungkin perlu mengikuti kursus pertolongan cemas setiap tiga tahun bagi memastikan kesemua mereka berada dalam keadaan bersiap sedia," katanya semasa berucap pada majlis Istiadat Mengarak Panji-Panji SJAM Perak Darul Ridzuan sempena Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Padang Ipoh di sini hari ini.

Sultan Azlan Shah berkenan berangkat memeriksa perarakan oleh 2,000 anggota persatuan itu.

Pasukan SJAM Perak menerima panji-panji SJAM pada 25 November 1999 di London, England dan merupakan penerima pertama di Malaysia. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan