Pulau Pinang Akan Percepat Usaha Sediakan Infrastruktur: Lim Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu bekerja dengan lebih giat lagi bagi menyediakan infrastruktur kerana ia masih di peringkat rendah berbanding Seremban dan Ipoh, menurut Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang berada di sini dalam rangka lawatan lapan hari ke Malaysia.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri perlu meningkatkannya dalam usaha mengejar apa yang telah ketinggalan sejak 18 tahun lalu.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan perdana menteri pertama Singapura dan Bapa Singapura Moden dan delegasinya di pejabatnya di sini Sabtu.

Lawatan terakhir Lee ke negeri ini yang terkenal sebagai Pulau Mutiara adalah pada 1989 semasa Tun Dr Lim Chong Eu menjadi ketua menteri.

Bagaimanapun, Lim berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi meningkatkan infrastruktur di negeri ini terutama dalam bidang pengangkutan dan komunikasi.

"Kita tidak akan membiarkan masalah politik menjadi penghalang kepada usaha membangunkan negeri ini demi kepentingan penduduknya," katanya.

Lim berkata, Lee juga menyebut mengenai kemungkinan khidmat penerbangan dari Singapura ke Pulau Pinang akan meningkat tahun depan.

"Akan ada kira-kira 12 penerbangan setiap hari dan 84 penerbangan dalam seminggu bagi laluan Singapura-Pulau Pinang tahun depan," katanya.

Katanya Pulau Pinang dan Singapura akan berkongsi persamaan dalam usaha mewujudkan kerajaan yang bersih dan baik.

"Mungkin kami berbeza pendapat, pandangan dan persepsi tetapi sudah pasti kami berkongsi ideologi yang sama dalam usaha mewujudkan kerajaan yang cekap, kebertanggungjawaban dan telus," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan