Mangsa dera dipertemukan dengan kakaknya

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMBANTU rumah warga Indonesia, Siti Hajar, 33, sebak apabila menceritakan pengalamannya didera semasa diketemukan dengan kakak sulungnya, Nani Suriani (kiri) di Kedutaan Indonesia hari ini. Siti Hajar yang berasal dari Jawa Barat, dilaporkan didera selama tiga tahun bekerja dengan majikannya di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Beliau melarikan diri dari rumah majikan dan bertindak mendapatkan perlindungan dari Kedutaan Indonesia di sini. -- fotoBERNAMA
PEMBANTU rumah warga Indonesia, Siti Hajar, 33, sebak apabila menceritakan pengalamannya didera semasa diketemukan dengan kakak sulungnya, Nani Suriani (kiri) di Kedutaan Indonesia hari ini. Siti Hajar yang berasal dari Jawa Barat, dilaporkan didera selama tiga tahun bekerja dengan majikannya di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Beliau melarikan diri dari rumah majikan dan bertindak mendapatkan perlindungan dari Kedutaan Indonesia di sini. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Suasana sebak dan pilu menyelubungi pekarangan lobi Kedutaan Indonesia di sini tengah hari tadi apabila pembantu rumah warga Indonesia Siti Hajar yang didera majikannya dipertemukan dengan kakaknya, Nani Suriani selepas hampir tiga tahun tidak berjumpa.

Siti Hajar yang berasal dari Garut, Jawa Barat mendakap erat Nani hampir 10 minit sambil menitiskan air mata kegembiraan. Mereka kemudian dibawa ke sidang akhbar yang turut dihadiri Duta Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da'i Bactiar, wakil media tempatan dan Indonesia.

Ketika ditanya perasaannya, Siti Hajar, 33, yang masih memakai kain pembalut luka di lengan dan lehernya itu melahirkan perasaan syukur tidak terhingga dan gembira kerana dapat bertemu kakaknya itu.

"Saya gembira... banyak kenangan yang sama-sama kami kecapi di kampung... saya paling rapat dengannya," katanya.

Siti Hajar berkata, beliau mahu majikannya diberi hukuman setimpal kerana telah mencederakannya dan meninggalkan kesan trauma dalam hidupnya.

"Saya hanya mampu menyebut "Allahuakhbar" setiap kali didera... saya tertanya bilakah penderitaan ini akan berakhir dan syukur segalanya telah selesai," katanya.

Isnin lepas Siti Hajar keluar dari rumah tanpa disedari majikannya dan terus ke kedutaan dengan bantuan seorang pemandu teksi bagi mendapatkan perlindungan.

Beliau kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut selama empat hari dan hanya dibenarkan keluar tengah hari tadi.

Siti Hajar berkata beliau menyerahkan kepada polis dan kedutaan untuk menyiasat kejadian ini.

Nani Suriani, kakak sulung dari empat beradik itu berkata, sejak Siti Hajar bekerja di Malaysia, mereka terputus hubungan dan beliau hanya mengetahui nasib adiknya itu melalui Kedutaan Indonesia di Malaysia dan media yang melaporkan peristiwa malang tersebut.

"Kami berasal dari keluarga yang susah, sejak tidak berhubungan kami sekeluarga sentiasa berusaha mencari adik saya ini namun sukar mendapat sebarang maklumat sehinggalah kisah sedih yang menimpanya keluar di media," katanya.

Sementara itu, Da'i berkata, kedutaan itu akan bekerjasama dengan polis membantu siasatan kes ini.

"Kita perlu tunggu hasil siasatan penuh dari polis dan laporan kesihatan Siti Hajar dilengkapkan sebelum boleh melakukan usaha membawanya pulang ke Indonesia," katanya.

Beliau berkata, Siti Hajar akan ditempatkan di rumah perlindungan yang disediakan kedutaan sementara menunggu hasil siasatan polis siap. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan