Konsep 1Malaysia bertunjang kepada Perlembagaan negara - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik mengambil alih kepimpinan negara akan terus bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa konsep itu yang memberi penekanan terhadap mengutamakan kehendak rakyat akan terus memperkasa setiap perkara tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan.

Jaminan Perdana Menteri itu diberikan kepada Ibrahim dan 20 anggota Perkasa yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di sini hari ini.

Ibrahim berkata jaminan oleh Perdana Menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Keadaan semakin jelas dan kekeliruan yang berlaku angkara tokok tambah oleh pihak-pihak tertentu berjaya diselesaikan dalam pertemuan hari ini dan Perkasa senang hati dengan penjelasan Perdana Menteri mengenai konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas itu.

Konsep berkenaan juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

"Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum, namun dalam masa yang sama agenda keutamaan Melayu tetap dekat di hati beliau," katanya.

Perkasa, jelas beliau, amat berpuas hati dengan segala penerangan yang telah diberikan oleh Najib termasuk aspek liberalisasi dalam sektor ekonomi negara.

"Datuk Seri Najib telah menjelaskan aspek liberalisasi dan kepentingan untuk bersaing dalam menarik pelabur asing. Kalau kita tidak bersaing dengan cara yang sihat kita akan ketinggalan," katanya.

Ibrahim juga berkata, Perkasa sentiasa bersedia memainkan peranan sebagai "mata dan telinga" kepada kerajaan, tetapi pada masa yang sama turut tidak teragakagak "bersikap keras dan tegas" sekiranya keadaan memerlukan mereka bertindak demikian.

"Kami sentiasa bersedia menjadi mata dan telinga untuk menjelaskan kepada rakyat melalui wacanawacana supaya rakyat dapat memahami dengan jelas sesuatu isu yang ditimbulkan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan