Kerajaan Perpaduan: BN sedia bersemuka dengan PAS

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia bersemuka dengan barisan kepimpinan PAS bagi membincangkan tentang cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dilihat masih kabur serta tidak jelas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini isu mengenai cadangan berkenaan hanya dibincangkan melalui media dan tidak pernah ada pertemuan secara bersemuka untuk membincangkannya dengan lebih serius.

Beliau berkata, PAS juga dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh tentang cadangan mereka itu kerana sehingga sekarang masih gagal menjelaskan dengan terperinci mengenai konsep berkenaan.

"Adakah dia (PAS) bersungguh-sungguh, saya pun tak pasti sebab di kalangan pemimpin mereka sendiri pun ada yang tidak setuju dengan cadangan ini.

"Dengan timbulnya perbezaan pandangan di antara pemimpin PAS, saya tidak rasa cadangan itu akan berjaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan TSM Golf Challenge di Tanjung Rhu, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan harus dipandang serius kerana ia bukanlah perkara kecil, sebaliknya perkara besar yang perlu diberi perhatian semua pihak.

Katanya, kerajaan tidak akan memberi sebarang maklum balas yang keterlaluan mengenainya kerana cadangan berkenaan datang daripada PAS dan ia tidak pernah disuarakan oleh BN.

Beliau turut memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak memutarbelitkan isu berkenaan seolah-olah cadangan itu datang daripada pihak BN.

Katanya walaupun BN tidak pernah mencadangkan konsep itu, namun ia akan diterima sekiranya pelaksanaannya membawa kebaikan untuk kepentingan bersama.

Secara kasar BN melihat cadangan berkenaan mempunyai prinsip yang baik, namun tidak pasti maksud dalamannya yang sebenar, tambah beliau. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan