"Kami jadi alat mainan parti politik" - SIS

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) menganggap pertubuhan itu kini menjadi 'alat mainan' parti-parti politik yang mempertikaikan peranan dimainkan oleh mereka.

Sehubungan itu Pengurus Kanan SIS, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang ditimbulkan oleh PAS kerana tidak mahu terus diperalatkan.

"Kita sudah penat... SIS tak perlu nak respons lagi apa-apa mengenai isu ini.

"SIS sekarang sudah jadi seperti alat permainan politik tak kira dari pembangkang dan juga Barisan Nasional (BN)," katanya kepada mStar Online.

Isu ini timbul ekoran usul yang diluluskan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 agar SIS diharamkan sekiranya didapati pertubuhan itu mengancam akidah umat Islam.

Usul itu kemudiannya menerima maklum balas pelbagai pihak termasuk parti-parti politik yang menolak usul berkenaan.

Tambah Maria, pihaknya akan terus berdiam diri sehingga minggu hadapan sebelum memberikan sebarang respons terhadap kenyataan pihak luar berhubung isu ini.

"Kita tak nak komen sehingga minggu depan, minggu depan baru kita akan jawab apa jua komen yang dilemparkan kepada SIS... kami pasti akan jawab, tunggulah," katanya.

Ditanya sama ada SIS ingin mengadakan perbincangan dengan PAS untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan, Maria berkata, perkara tersebut bukan satu keperluan.

"Dalam akhbar (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) dah nyatakan mereka tak perlu jumpa kita untuk bincang, jadi tak perlulah kita jumpa.

"Apa yang penting SIS tetap mempertahankan pendirian kami untuk mempertahankan dan membantu wanita Islam yang menghadapi masalah... soal lain kita tak mahu layan lagi," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan