Bacaan IPU di kawasan kritikal berubah

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEREBU... Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur terhad akibat berjerebu sejak beberapa hari lalu. Namun, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan di beberapa kawasan di negara ini dilaporkan berubah sedikit pagi ini berikutan hujan yang turun sekejap di Lembah Klang lewat petang semalam. Mengikut laporan IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya pada pukul 11 pagi tadi, menunjukkan tiada kawasan yang mencapai kadar IPU yang tidak sihat.

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan di beberapa kawasan di negara ini dilaporkan berubah sedikit pagi ini berikutan hujan yang turun sekejap di Lembah Klang lewat petang semalam.

Mengikut laporan IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya pada pukul 11 pagi ini menunjukkan tiada kawasan yang telah mencapai kadar IPU yang tidak sihat.

Pelabuhan Klang merekodkan bacaan IPU yang sederhana iaitu 94 berbanding bacaan IPU yang tidak sihat iaitu 136, malam tadi.

Bacaan IPU bagi Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam pula masing-masing pada 83, 81 dan 81 pagi ini.

Daripada 48 kawasan yang dipantau, 24 kawasan telah mencatatkan bacaan IPU yang baik termasuk Langkawi (29), Kangar (23) dan Universiti Sains Malaysia di Gelugor, Pulau Pinang (30). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan