Wajib lulus BI SPM: Pemuda minta jangan gopoh

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno berharap kerajaan tidak bersikap terburu-buru jika benar-benar mahu melaksanakan syarat Bahasa Inggeris diwajibkan lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan perlu lebih bersedia sebelum pelaksanaan itu termasuk dengan mengadakan guru-guru terlatih dan pendedahahan lebih masa kepada para pelajar kepada subjek tersebut.

"Beberapa perkara perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum perlaksaannya kerana kita tidak mahu senario PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) di mana pelaksanaannya agak terburu-buru dan menimbulkan pelbagai masalah dari segi pelaksanaan, kesan kepada pelajar dan sebagainya.

"Guru terlatih yang mencukupi untuk mengajar Bahasa Inggeris dengan lebih berkualiti boleh menjamin sebilangan besar pelajar yang lulus dalam Bahasa Inggeris itu dapat dilahirkan khususnya di luar bandar.

"Selain itu, kita sarankan kerajaan mencari kaedah untuk meningkatkan pendedahan masa para pelajar kepada Bahasa Inggeris bukan hanya dari segi tata bahasa tetapi juga dari segi sastera dan sebagainya supaya pengalaman belajar Bahasa Inggerus itu lebih luas dan menyeluruh untuk lulus," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di ibu pejabat Umno di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, untuk tujuan itu, Pemuda mencadangkan supaya guru yang telah bersara tetapi masih berkemampuan diambil semula mengajar di sekolah-sekolah bagi meningkatkan kualiti pengajaran.

Selain itu katanya, kerajaan juga boleh menjemput guru-guru dari luar negara untuk menjadi tenaga pengajar buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada guru-guru tempatan meningkatkan latihan mereka dalam BI."Selain itu, kelayakan minima juga perlu dikenakan terhadap peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) supaya usaha meningkatkan kualiti BI tidak hanya terhenti di peringkat SPM."Dengan dua cadangan ini, ia menunjukkan keseriusan kita untuk meningkatkan penguasaan BI di peringkat sekolah dan universiti," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan