Pembangkang cuba tutup kelemahan, bukannya Umno pecah Pakatan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno-BN tidak pernah berniat memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan mengajak PAS agar bermuzakarah ataupun membincangkan idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sambil menafikan tanggapan sedemikian yang ditimbulkan pembangkang, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan kebelakangan ini menunjukkan Pakatan yang sebenarnya mahu menutup kelemahan dan masalah di kalangan komponen mereka.

"Kita dituduh berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat... mereka yang cuba mahu menutup api dalam sekam (kelemahan mereka)," kata beliau selepas merasmikan Pusat Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno yang beroperasi di Menara Rah, Kg. Baru di sini, hari ini.

Khairy mengulas 'pertembungan' kenyataan di kalangan pemimpin komponen Pakatan sejak hujung minggu lalu berhubung idea kerajaan perpaduan.

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan pendirian Hadi, Presiden PAS, yang mengulangi idea kontroversi kerajaan perpaduan dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55 Jumaat lalu.

Idea itu pertama kali dibangkitkan hujung tahun lalu oleh Hadi.

Malah, idea itu mendapat tentangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan Hadi sambil menyifatkannya sebagai "mengarut".

Semalam Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan Hadi sebagai "ujian getir" bagi Pakatan, ikatan informal pembangkang yang dibentuk April tahun lalu selepas pilihan raya umum ke-12.

Hari ini Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata, kenyataan Hadi sebagai tindakan memalukan dalam waktu singkat sambil menasihatkan pemimpin PAS agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kenyataan-kenyataan seperti itu menunjukkan Pakatan sebenarnya berhadapan dengan masalah yang lebih besar.

Khairy mengulangi bahawa idea mengadakan muzakarah, yang dilontarkan oleh Umno pertengahan tahun lalu, sebenarnya bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan.

"Kita bukan nak tubuh kerajaan," kata beliau yang Isnin lalu turut mengajak semula PAS agar mengadakan muzakarah dengan Umno-BN.

"Soal kerajaan perpaduan tidak timbul," katanya.

Malah katanya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) tiada masalah bagi Umno mengadakan perbincangan dengan PAS.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan