Pandemik Influenza A (H1N1): Aktiviti pemantauan ditingkat

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan meningkatkan aktiviti pemantauan, pencegahan dan kawalan seiring dengan langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan paras amaran wabak itu ke tahap tertinggi semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata dalam tempoh lima tahun yang lalu, kementerian telahpun membuat persiapan yang baik termasuk latihan dan menyimpan ubat dan alat perlindungan diri.

Selain meneruskan langkah kawalan sedia ada, kementerian akan turut memaklumkan kepada klinik dan hospital kerajaan dan swasta agar mengenal pasti mereka yang mempunyai tanda-tanda influenza dan sama ada pesakit baru balik dari luar negara atau mempunyai hubungan dengan mereka yang baru pulang dari luar negara, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata tindakan seperti penutupan sekolah dan institusi serta pembatalan majlis perhimpunan atau perjumpaan awam akan diambil hanya jika terdapat penularan tempatan wabak Influenza A (H1N1) di negara ini.

"Setakat ini belum terdapat sebarang kes penularan tempatan kerana 11 kes yang dilaporkan sebelum ini kesemuanya merupakan kes import," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata kementerian juga akan meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan agar lebih kerap memeriksa tandas di tempat-tempat awam seperti dewan masyarakat dan pusat beli belah bagi memastikan kebersihan tandas-tandas itu dijaga kerana jangkitan penyakit dapat dielakkan dengan amalan kebersihan yang baik.

Beliau berkata kerjasama daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga diperlukan bagi menyiarkan langkah-langkah pencegahan wabak itu dengan lebih kerap manakala orang ramai perlu sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik, termasuk memakai topeng muka di tempat awam sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda influenza dan sentiasa membasuh tangan dengan sabun.

Dr Mohd Ismail berkata bagi membolehkan mereka yang masuk ke negara ini dijejaki sekiranya terdapat sebarang kes Influenza A (H1N1), kementerian akan meminta kerjasama syarikat penerbangan untuk memastikan borang perisytiharan kesihatan diisi sepenuhnya.

Mengenai situasi semasa, beliau berkata tiada kes baru dilaporkan, manakala tujuh daripada kes yang dilaporkan sebelum ini telahpun tamat rawatan dan dibenarkan pulang, meninggalkan hanya empat kes yang masih dirawat.

Beliau berkata sejumlah 32 notifikasi kes yang mempunyai gejala jangkitan influenza setelah kembali dari negara yang terlibat diterima semalam, dan daripada jumlah itu 23 didapati negatif Influenza A (H1N1) manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan.

Sehingga pagi ini, WHO memaklumkan terdapat 28,820 kes dengan 144 kematian dilaporkan semalam, pertambahan 996 kes dan tiga kematian berbanding hari sebelumnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan