Ambil guru bersara untuk ajar Bahasa Inggeris - Pemuda Umno

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mencadangkan kerajaan supaya mengambil semula khidmat guruguru yang telah bersara untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata guru-guru yang berpengalaman itu akan berperanan sebagai tenaga pengajar tambahan di sekolah-sekolah kebangsaan dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kualiti penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

"Sekiranya perlu, kerajaan boleh mengambil guruguru dari luar negara, termasuklah dari England dan Australia untuk menjadi tenaga pengajar buat sementara bagi memastikan kita dapat memenuhi kekurangan tenaga pengajar terlatih dalam bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini semalam.

Khairy berkata Pemuda Umno bersetuju dengan cadangan wajib lulus bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak mahu ia mengalami situasi yang sama seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata PPSMI telah dilaksanakan secara terburuburu dan menimbulkan pelbagai masalah daripada pelaksanaan dan kesannya kepada pelajar-pelajar.

"Apa yang penting ialah jumlah guru yang terlatih adalah cukup untuk seluruh negeri khususnya di kawasan luar bandar dan guru tersebut mesti mengajar bahasa Inggeris yang bermutu tinggi," katanya.

Pemuda Umno juga mencadangkan agar kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi meletakkan tahap kelayakan minimum dalam Malaysian University English Test (MUET) kepada pelajarpelajar yang memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), katanya.

Mengenai PPSMI pula, Khairy berkata Biro Pelajaran Pemuda Umno akan membuat lawatan ke Kementerian Pelajaran dan melihat dengan lebih mendalam kajian yang telah dibuat oleh pelbagai pihak dalam PPSMI.

Pemuda Umno akan membuat ketetapan mengenai PPSMI dalam masa terdekat, katanya.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan, beliau berkata Pemuda Umno akan menumpukan kepada pengundipengundi muda dan yakin dalam pilihan raya kecil ini peluang kemenangan bagi Barisan Nasional semakin cerah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan