Tidak timbul soal kanak-kanak belum baligh peluk Islam - KP IKIM

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama ibu bapa mereka dilahirkan menurut fitrah Islam dan oleh yang demikian persoalan berkisar pengislaman kanak-kanak bawah umur baligh tidak timbul sama sekali, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Beliau berkata keupayaan untuk berfikir merupakan unsur yang penting untuk seseorang yang bukan Islam memilih untuk menjadi seorang Muslim.

"Kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh tidak boleh dibebani dengan tanggungjawab untuk menerima sesuatu yang tidak difahaminya memandangkan daya berfikir yang dimilikinya masih belum mencapai tahap matang yang sempurna. "Oleh itu adalah tidak munasabah untuk mengatakan bahawa seseorang boleh mengislamkan kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh," katanya dalam ucap utamanya bertajuk 'Kemelut Pemikiran Keagamaan' pada Majlis Wacana Ilmu di Institut Tadbiran Islam Perak di sini hari ini. Syed Ali berkata seseorang yang berusaha mengislamkan kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh sebenarnya telah memaksa kanak-kanak itu menerima beban tanggungjawab sedangkan pada hakikatnya Allah sendiri tidak mengarahkan beban tanggungjawab sedemikian kepada kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh. Beliau berkata pengislaman kanakkanak di bawah umur baligh tidak akan menjamin kanak-kanak itu akan kekal sebagai seorang Islam kerana pilihan untuk menerima dan menganuti agama Islam bergantung kepada diri seseorang itu.

"Tanggungjawab seorang bapa yang beragama Islam adalah untuk mendidik anaknya berkenaan akidah dan apabila mereka mencapai umur baligh, mereka sendiri boleh membuat pilihan," katanya.

Kabinet pada April lepas memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan itu sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, barubaru ini.

Syed Ali berkata adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk membuktikan bahawa bacaan mantera tertentu dalam senaman yoga boleh menghakis akidah masyarakat Islam yang mengamalkan senaman itu. "Bagaimanakah ungkapan mantera dalam bahasa asing itu mampu mempengaruhi akidah masyarakat Islam sedangkan mereka (masyarakat Islam) sendiri tidak memahami makna ungkapan berkenaan," katanya.

Menurut Syed Ali seseorang itu tidak boleh dipengaruhi oleh sesuatu kecuali dia sendiri sedar mengenai sesuatu perkara itu.

"Apa yang dianggap sebagai masalah besar menggugat akidah sebenarnya cuma satu upacara riadah senaman yang diamalkan oleh satu tradisi yang datang dari luar yang tidak pernah dianggap sebagai satu masalah besar oleh para ilmuan sepanjang 1,400 tahun dahulu," katanya.

Pada November tahun lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berkata yoga adalah haram bagi umat Islam jika ia disertakan mantera dan unsur pemujaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan