Siapalah saya untuk jumpa Kuan Yew - Dr Mahathir - Berita Semasa | mStar

Siapalah saya untuk jumpa Kuan Yew - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang sedang melawat Malaysia selama lapan hari tidak mungkin bertemu beliau kerana "siapalah saya ini".

"Saya tak nampak kenapa beliau akan memohon untuk berjumpa saya. Siapalah saya ini," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada pemimpin kanan Singapura itu berhasrat menemui beliau.

Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Lee dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, Dr Mahathir berkata Lee mempunyai banyak pengalaman sedangkan ahli politik Malaysia "tidak tahu apa-apa."

"Itulah sebabnya kita kena belajar dari Singapura. Singapura adalah sebuah negara hebat, mereka banyak melabur di sini," katanya.

Ditanya mebgenai cadangan membina jambatan ketiga menghubungkan kedua-dua negara, Dr Mahathir berkata : "Jika kita beri mereka pasir, kita dapatlah jambatan itu." BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan