PAS: Mustafa dilantik setiausaha agung, Husam dan Mat Sabu anggotai CWC

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu yang baru.

Sementara itu, bekas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Pelantikan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasaa tersebut di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.

Diminta mengulas mengenai pelantikan Mustafa sebagai Setiausaha Agung, Abdul Hadi berkata, pelantikan itu dilihat mampu untuk memantapkan lagi parti.

"Beliau seorang yang berpengalaman dalam pentadbiran parti, beliau paling lama dan saya perlu memantapkan lagi pentadbiran pejabat Agung PAS.

"Beliau selama ini banyak memberi tumpuan kepada Harakah," katanya.

Pelantikan Mustafa sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru adalah menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang tidak mahu dilantik semula memegang jawatan itu.

Berhubung pelantikan Husam dan Mat Sabu, beliau berkata, kedua-dua mereka akan memainkan peranan penting berdasarkan pengalaman mereka.

"Kita telah berbincang untuk beri peranan yang besar kepada mereka...mereka mainkan tugas yang penting dalam parti iaitu berkaitan dengan strategi.

"Ini berbeza antara PAS dan Umno, yang tak dipilih, tak dipilih, kita yang tak dipilih, dipilih juga," katanya.

Ditanya sama ada kedua-dua pemimpin berkenaan menerima pelantikan tersebut, Abdul Hadi berharap pihaknya akan menerima respon yang positif dari mereka.

"Insya-Allah mereka menerima kerana mereka adalah pemimpin yang penting dalam parti.

"Kita letakkan mereka dalam jawatankuasa yang mengendalikan strategi parti," katanya.

Sementara itu bagi jawatan Ketua Penerangan, Idris Ahmad dilantik menggantikan penyandang sebelum ini iaiatu Datuk Mahfz Omar yang kini menyandang jawatan Naib Presiden.

Manakala Abdul Halim yang gagal mendapat tempat sebagai anggota jawatankuasa kerja pusat parti pada pemilihan itu minggu lalu kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

PAS bagaimanapun mengekalkan Dr Hatta Ramli sebagai Bendahari Agung.

Selain itu, enam lagi yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ialah Anuar Tahir, Asmuni Awi, Mohd Taufek Abd Ghani, Dr Mariah Mahmud, Wan Ubaidah Wan Omar dan Mohamad Abdullah.

Bagi Jawatan Pesuruhjaya PAS negeri, jawatan tersebut menyaksikan dua muka baru yang dilantik iaitu Abu Bakar Husin dan Datuk Harun Taib, masing-masing dari Perak dan Terengganu.

Manakala bagi negeri lain kesemua Pesuruhjaya PAS negeri sebelum ini dikekalkan.

Mereka ialah Hashim Jasin, (Perlis), Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, (Kedah), Saleh Man, (Penang), Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, (Kelantan) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, (Pahang), Datuk Dr Hassan Mohd Ali, (Selangor), Mohamad Noor Muhammad (Wilayah Persekutuan), Zulkifli Omar (Negeri Sembilan), Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka), Datuk Dr Mahfodz Mohamad, (Johor), Mohamad Abdullah (Sabah) dan Osman Mustafa (Sarawak).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan