KPDNHEP kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaaan telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kabinet pada mesyuarat jemaah menteri semalam.

"Perubahan nama kementerian itu berkuat-kuasa serta merta (semalam) dan kita dalam proses untuk menggunakan logo baru kementerian, satu pertandingan mencipta logo kementerian akan diadakan dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata perubahan nama kementeriannya itu berikutan beberapa agensi berkaitan koperasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan kini di bawah kementeriannya.

"Berikutan kementerian itu (Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dimansuhkan, beberapa agensi di bawah portfolio kementerian sebelum ini dipindahkan ke kementerian ini, manakala yang berkaitan Pembangunan Usahawan diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya.

Agensi di bawah kementerian sebelum ini yang diletakkan di bawah kementerian itu ialah Perbadanan Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) serta pembangunan berkaitan francais dan vendor.

Mengenai KOBERA, Ismail Sabri berkata koperasi berkenaan bertujuan bagi menghapuskan kemiskinan tegar di samping mengurangkan kemiskinan keseluruhannya menjelang 2010.

"Sehingga 31 Mei 2009, daripada 576 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), sebanyak 111 KOBERA telah didaftarkan dan sebanyak 164 sedang dalam proses penubuhan. Di Pahang sahaja, daripada 42 kawasan DUN, tujuh telah didaftarkan, manakala tujuh lagi dalam proses ditubuhkan," katanya.

Bagi memastikan KOBERA dapat memulakan operasinya, kerajaan bersetuju memberikan bantuan sebanyak RM30,000 bagi setiap KOBERA untuk memulakan sebarang projek.

"Bagaimanapun mereka mesti mengemukakan perancangan atau pelan projek dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga melantik seorang pengurus profesional yang dibayar gaji selama enam bulan oleh SKM bagi membantu menguruskan KOBERA di kawasan berkenaan.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga mensasarkan sumbangan koperasi kepada KDNK negara adalah sebanyak lima peratus atau RM10 bilion menjelang tahun 2012.

"Ketika ini sumbangan koperasi kepada KDNK negara adalah sebanyak RM6.5 bilion atau 1 peratus sahaja, " katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan