Kerajaan harap ekonomi kembali atas landasan pada 2010

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan berharap ekonomi akan kembali di atas landasan dengan mencatatkan pertumbuhan yang berpatutan pada tahun depan.

Perdana Menteri berkata pakej rangsangan bernilai RM67 bilion yang diumumkan oleh kerajaan akan menyediakan rangsangan penuh bagi ekonomi negara di dalam separuh kedua tahun ini.

Pakej rangsangan itu dijangka memberikan pertumbuhan tambahan 1.0-2.0 peratus bagi negara, katanya semasa bercakap di mesyuarat Perundingan Bajet 2010 di sini, Khamis.

"Suku tahun ketiga tahun ini akan menyaksikan pertumbuhan negatif marginal dan suku tahun keempat akan menyaksikan pertumbuhan positif," kata Najib. Beliau juga Menteri Kewangan.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia bagi tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding dengan pertumbuhan 0.1 peratus pada suku tahun keempat tahun lepas berikutan kemerosotan ketara permintaan luaran ekoran kemelesetan serius di ekonomi maju. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan