Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh semalam meminta PAS menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata PAS tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat PAS untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada PAS sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Karpal berkata PAS sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana ia hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya PAS sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan , terutamanya melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno.

Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.

"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin PAS tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi," katanya.

Mengenai kritikan PAS terhadap Sisters in Islam (SIs), Karpal berkata tindakan itu tidak akan menjadikan PAS lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas dan begitu juga dengan desakan PAS supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar ke-55 parti itu barubaru ini berpakaian "sopan".

Bagaimanapun, pendirian pemimpin PAS bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara spesifik menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan