DUN Manek Urai: Calon BN perlu tepat, pendekatan berbeza

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai jika calon yang ditampilkan itu tepat dan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk memikat pengundi.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu menerima siapa sahaja calon yang dipilih BN tetapi beliau mestilah seseorang yang dapat diterima oleh penduduk di Manek Urai.

"Selain itu, kita akan tumpu dan sedang jalankan pendekatan kepada pengundi-pengundi muda.

"Pendekatan yang lebih saintifik perlu dilakukan dari segi kajian sikap untuk peringkat pemuda," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di ibu pejabat Umno di sini, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan mengadakan dialog dengan lapan pertubuhan masyarakat Cina pada minggu depan di Universiti Malaya yang akan memberi tumpuan kepada konsep Satu Malaysia.

Selain itu katanya, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong akan turut mengadakan dialog dengan pertubuhan-pertubuhan belia Melayu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan