Bajet 2010 tumpu rangsangan ekonomi, sektor perkhidmatan

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2010 akan menekankan mengenai cara-cara untuk merangsangkan lagi ekonomi negara dengan merubahnya menjadi sebuah ekonomi berasaskan pendapatan tinggi dengan sektor perkhidmatan memainkan peranan penting di dalam model baharu ekonomi yang sedang dirancang.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut berjanji bahawa kesemua dasar kerajaan akan konsisten dengan "tidak mengubah dasar sewenang-wenangnya atau mempunyai kepincangan di dalam dasar kita."

Dasar (kerajaan), katanya akan direka bentuk untuk merangsang pertumbuhan dan memupuk keyakinan yang lebih tinggi di kalangan para pelabur bagi memastikan aliran masuk lebih besar Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Ini bakal dilakukan dengan mengambil kira persaingan sengit berikutan kemelesetan ekonomi global, katanya.

"FDI di seluruh dunia dijangka berkurangan 50-60 peratus daripada jumlah yang dilihat pada tahun lepas. Kita perlu meraih sebahagian daripada jumlah (baki FDI) itu," kata Najib semasa merasmikan mesyuarat Perundingan Bajet 2010 di sini, Khamis.

"Kita melihat mengenai bagaimana kita boleh memastikan keyakinan lebih meluas dari segi dasar kerajaan. Kita perlu menjadi mesra pasaran, kita perlu menjana aktiviti domestik yang lebih meluas.

"Pada masa yang sama, kita perlu mewujudkan satu masyarakat yang adil dan jujur .. matlamat ini telah dilupai atau diketepikan. Kita perlu menjadikan terasnya lebih mesra pasaran dan pada masa yang sama mempunyai satu mesyarakat yang adil dan jujur," katanya.

Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa beliau akan membuat satu "pengumuman besar" berkaitan liberalisasi yang lebih meluas pada persidangan "2009 Invest Malaysia" pada akhir tahun ini.

"Kami sedang menangani cabaran jangka pendek, adalah penting bagi kita untuk melakar satu hala tuju baharu bagi negara ini, satu model ekonomi baharu akan dibangunkan oleh kerajaan," katanya.

Katanya sektor perubatan, terutamanya pelancongan perubatan, akan turut dimasukkan ke dalam perkara keutamaan "untuk menempatkan Malaysia sebagai satu penyedia perkhidmatan penjaga kesihatan berkelas dunia".

Cadangan koridor pembangunan, terutamanya Kawasan Pembangunan Wilayah Iskandar, akan diteruskan apabila Malaysia melihat potensi yang mencukupi di dalam projek sedemikian.

Mengenai langkah mewujudkan satu masyarakat adil dan jujur, katanya ia akan menekankan mengenai langkah menangani keperluan setiap komuniti.

Mengenai bantuan kepada Bumiputera, katanya ia akan disasarkan kepada Bumiputera yang berhak.

"Langkah membantu Bumiputera dengan cara yang salah tidak akan memberikan hasil yang mampan. Kita mahu menjadikan mereka lebih berdaya tahan dan kompetitif. Pergantungan kepada kuota merupakan sesuatu yang tidak realistik. Kita perlu mengenal pasti syarikat Bumiputera yang baik berbanding dengan pergantungan kepada kuota," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan