PPBMM sokong BI dijadikan syarat lulus SPM

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) menyokong penuh cadangan kerajaan bagi menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presiden PPBMM Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata cadangan itu selaras dengan resolusi persatuan itu pada Mac lepas yang mahukan penguasaan bahasa dipertingkatkan di semua peringkat pendidikan melalui strategi serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, PPBMM berpendapat bahasa Inggeris sesuai dikuasai sebagai bahasa komunikasi tetapi bukan sebagai bahasa ilmu sebagaimana yang dilakukan dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekarang.

"Dengan menjadikan syarat lulus bagi bahasa Inggeris untuk pelajar SPM secara tidak langsung ia akan menjadi sebagai satu dorongan atau motivasi kepada pelajar untuk mempelajari bahasa tersebut ", katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, resolusi PPBMM untuk mewajibkan lulus bahasa Inggeris telah dibuat dalam mesyuarat eksekutif persatuan itu pada Mac lepas dan salinannya telah dihantar kepada Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Noordin dan Menteri Luar ketika itu yang juga merupakan penaung PPBMM Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, persatuan yakin pelajar Melayu di luar bandar tidak akan menghadapi masalah untuk lulus SPM sekiranya saranan itu dilaksanakan nanti.

Katanya, masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar mampu diatasi dengan berkesan sekiranya strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa itu disemak dan dimantapkan lagi.

Prof Dr Hashim menyarankan agar peruntukan besar yang sebelum ini diperuntukkan kepada pelaksanaan PPSMI digunakan dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di luar bandar.

Beliau berharap pelaksanaan PPSMI dimansuhkan dan digantikan dengan usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar secara keseluruhannya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan