Polis cari pemandu teksi bantu siasatan kes dera

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang berusaha mengesan seorang pemandu teksi yang dipercayai dapat membantu siasatan kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melarikan diri dari rumah majikannya di Lanai Kiara Kondominium, Mount Kiara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis memerlukan keterangan dari pemandu teksi itu yang dipercayai menghantar pembantu rumah itu ke kedutaan Indonesia di sini.

"Pembantu rumah itu yang masih trauma tidak dapat mengecam rupa pemandu teksi dan juga teksi yang dinaiki... Oleh itu kita memerlukan kenyataan pemandu teksi itu bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah merakam tiga percakapan iaitu dari mangsa, majikan dan juga wakil kedutaan.

Semalam, mangsa yang dikenali sebagai Siti Hajar, 33, yang berasal dari Jawa Barat, melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira tengah malam tadi dan kemudian bertindak mendapatkan perlindungan dari Kedutaan Indonesia di sini. Siti Hajar keluar dari rumah tanpa disedari majikannya dan kemudiannya datang ke kedutaan dengan pertolongan seorang pemandu teksi bagi mendapatkan perlindungan.

Wan Abdul Bari berkata polis akan turut mencari bukti di beberapa tempat di dalam rumah majikan mangsa yang mendakwa dirinya didera bagi mengukuhkan siasatan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sementara itu, Kaunselor (Maklumat dan Perhubungan Awam) Kedutaan Indonesia di Malaysia, Widyarka Ryananta berkata pihak kedutaan akan menyediakan khidmat peguam untuk membantu Siti Hajar dalam proses di mahkamah.

"Setelah sembuh, Siti Hajar akan ditempatkan di bawah perlindungan kedutaan sambil menunggu hukuman dijatuhkan terhadap majikan yang menderanya jika disabitkan kesalahan," katanya.

Katanya, Siti Hajar masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pihak kedutaan belum lagi menerima laporan perubatannya.

Menurutnya, pihak kedutaan memberi jaminan sepenuhnya untuk membantu Siti Hajar mendapatkan pembelaan berhubung kes berkenaan.

Tinjauan Bernama di Wad 6U, Surgikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya kirakira 12.10 tengah hari hari ini mendapati keadaan Siti Hajar masih lemah dan tidak berselera untuk makan hidangan tengah hari dan enggan diajak berbual kerana mahu berehat. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan