PAS perlu halusi cadangan tubuh kerajaan perpaduan - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Cadangan PAS supaya kerajaan perpaduan diwujudkan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) perlu dihalusi semula memandangkan ia mendapat reaksi yang bercanggah daripada parti pembangkang yang lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah lebih wajar sekiranya PAS mempunyai pendirian yang tetap berhubung saranan berkenaan memandangkan ia melibatkan kepentingan negara secara total.

Menurut beliau, aspek penubuhan negara bukan sesuatu yang enteng justeru pandangan semua pihak termasuk parti pembangkang yang lain perlu diambil kira.

"Adalah lebih baik sekiranya pihak yang menyuarakan idea ini tahu apa yang mereka mahukan kerana ia bukan perkara yang mudah.

"Ia melibatkan kepentingan negara dan perlu juga mengambil kira pandangan daripada partiparti pembangkang yang lain," katanya.

Muhyiddin menyatakan demikian ketika diminta mengulas reaksi berbeza parti pembangkang berhubung saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya kerajaan perpaduan antara pembangkang dan BN ditubuhkan bagi menyelesaikan segala kemelut politik yang melanda negara. Menurut Muhyiddin, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan BN menerima dengan terbuka saranan itu adalah simbol kepada ketelusan dan kesediaan BN untuk membincangkan perkara itu dengan terperinci.

"Kita bersedia untuk berbincang dan bersikap terbuka tetapi kami dimaklumkan bahawa berlaku percanggahan pendapat antara pakatan pembangkang.

"DAP berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara ini manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula tidak bersetuju.

"Saya tidak pasti sama ada ini cuma idea PAS atau pakatan pembangkang secara keseluruhan.

"Bagaimana kita nak teruskan dengan agenda seterusnya jika mereka sendiri tidak sependapat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan