MIC akan adakan perjumpaan dengan parti-parti kaum India

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: MIC, parti politik kaum India terbesar di negara ini, akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan parti kaum India lain di negara ini.

Bagaimanapun, langkah itu bukan bertujuan untuk bergabung dengan mereka tetapi bekerjasama dengan parti itu untuk jangka panjang demi kebaikan bersama, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata parti-parti lain akan mengekalkan struktur dan kebebasan masing-masing dan menurutnya MIC telah mengadakan perbincangan seumpama itu dengan partiparti berkenaan di masa lalu tetapi tiada komitmen daripada mereka pada masa itu.

Bagi tujuan itu, Samy Vellu berkata beliau akan menulis surat kepada semua parti kaum India dalam waktu terdekat mengenai tawarannya untuk menyatukan masyarakat India.

Beliau juga mengumumkan ibu pejabat MIC akan membenarkan bekas atau anggota yang dipecat untuk merayu bagi menjadi anggota parti dan menurutnya rayuan mereka akan diteliti bagi memastikan mereka ikhlas untuk menyertai semula MIC.

Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata MIC tidak akan 'mengambil' anggota parti politik lain tetapi jika mereka berminat menyertai parti itu, pintu terbuka untuk mereka.

"Cawangan MIC yang tidak lagi beroperasi atau telah ditutup juga akan dibuka semula dan diperkuatkan dengan pemimpin baru, dengan syarat mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan," katanya.

Mengenai isu Maika Holdings, Samy Vellu memberi jaminan kepada pemegang saham bahawa penyelesaian muktamad sedang diusahakan dan menurutnya beliau sedar terdapat pihak tertentu yang sedang cuba memusnahkan syarikat itu dan menggunakannya sebagai agenda politik. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan