Kerajaan perpaduan: Idea Hadi tak jelas cetus kekeliruan

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bentuk konsep kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara parti itu dan Umno-Barisan Nasional (BN) masih belum dapat dilihat dengan jelas, kata para penganalisis politik.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, konsep itu masih belum dapat digambarkan secara jelas.

Namun buat permulaan, ia mungkin boleh dilakukan dengan mencapai kesepakatan dalam perkara-perkara asas terutamanya berhubung kepentingan Islam dan kaum Melayu terlebih dahulu.

"Hal ini selaras dengan agenda dan dasar kedua-dua parti (PAS dan BN) yang mahu melindungi kepentingan agama dan kepentingan Melayu demi kebaikan negara," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 Jumaat lalu, Abdul Hadi menyarankan supaya kerajaan perpaduan diwujudkan antara PAS dan BN bagi menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik dalam negara secara menyeluruh.

Bagaimanapun, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak saranan itu dan meminta Abdul Hadi memberikan penjelasan mengenainya.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, DAP dan PKR tentunya tidak bersetuju dengan saranan Hadi kerana ia membawa kepada satu kerjasama antara PAS dan Umno.

"DAP dan PKR paling takut jika PAS tinggalkan mereka kerana undi Melayu PAS yang banyak membantu mereka untuk menang dalam pilihan raya umum lalu," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, Hadi perlu menerangkan dengan lebih jelas apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan itu.

"Konsep tentang kerajaan perpaduan yang disyorkan beliau itu masih kabur.

"Perpaduan dari segi apa yang dimaskudkan? Adakah kerajaan campuran antara BN dan PAS atau BN dan Pakatan?

"Atau mungkinkah ia untuk mencari kesepakatan tentang isu-isu tertentu? Tiada siapa yang tahu dengan jelas kecuali Hadi sendiri," katanya.

Pendapat yang sama turut disuarakan Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin.

Beliau berkata, penjelasan yang tidak jelas berhubung konsep itu akan membawa kepada interpretasi yang berbeza oleh pelbagai pihak.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan