Isu nilai tanah projek PKFZ antara penjelasan dituntut PAC

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini meneruskan siasatan berhubung skandal Projek Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dengan menuntut penjelasan daripada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), operator bagi projek berkenaan, bagi beberapa isu berbangkit.

Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw berkata PAC menetapkan dua hari untuk mendengar penjelasan dari PKA, termasuk kontroversi membabitkan kos tanah projek mega itu.

"Kita juga minta PKA beritahu siapakah yang membuat keputusan untuk tidak menghiraukan cadangan Peguam Negara yang mengatakan bahawa tanah di Pulau Indah itu perlu diambil alih oleh kerajaan.

"Kerana sebelum ambil alih tanah, kerajaan akan guna Akta Pengambilalihan Tanah di bawah Seksyen 4 yang mengatakan bahawa (harga) tanah tidak boleh dispekulasi. Jadi kita hendak tahu siapa yang membuat keputusan itu untuk tidak guna Seksyen 4 (Akta Pengambilalihan Tanah)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Skandal PKFZ telah berlarutan selama 10 tahun sejak diluluskan oleh kabinet pada 1999. Ia kini berhadapan kontroversi ekoran peningkatan kos projek kepada RM7.453 bilion, termasuk faedah, berbanding kos asal sebanyak RM1.957 bilion.

Pembelian tanah bagi projek itu di Pulau Indah oleh PKA juga menjadi isu apabila operator projek itu membeli hak tanah pada harga RM25 satu kaki persegi kerana tanah itu dikatakan mempunyai nilai istimewa, walaupun Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Ogos 2001 menetapkan nilainya pada RM10.16 satu kaki persegi (psf) berdasarkan pengambilalihan wajib.

Selain itu Tan berkata, mesyuarat hari ini juga menuntut PKA menjelaskan sebab penarikan Pihak Berkuasa Zon Bebas Jebel Ali (JAFZA) daripada menguruskan projek itu, yang dibuat secara mengejut.

Mesyuarat itu yang berlangsung kira-kira dua jam setengah akan disambung esok dengan PAC dijangka menuntut beberapa penjelasan terhadap isu berkaitan daripada pihak yang sama.

Tan tidak menolak kemungkinan PAC akan memanggil beberapa individu lain, termasuk Peguam Negara untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan