Iraq satu peluang, meskipun wujud risiko, kata Presiden Petronas - Berita Semasa | mStar

Iraq satu peluang, meskipun wujud risiko, kata Presiden Petronas

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak nasional, Petronas melihat Iraq sebagai satu peluang, walaupun risiko yang ada di sana, kata presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Tan Sri Mohd Hassan Marican.

"Risiko tetap ada di Iraq dan ia akan terus wujud untuk beberapa lama. Tapi, ia juga merupakan satu peluang untuk memainkan peranan di Iraq," katanya dalam satu temu bual dengan CNBC.

Mohd Hassan berkata demikian semasa ditanya mengenai risiko terlibat dalam membangunkan medan minyak dan gas di Iraq.

Petronas didapati mempunyai pra-kelayakan dalam proses bidaan untuk medan minyak dan gas di Iraq.

"Kami membida bersama-sama dengan rakan kongsi kami dan kami sendiri dalam blok yang ditawarkan oleh kerajaan Iraq. Kita akan tunggu dan lihat," katanya.

Mengenai harga semasa minyak, Hassan berkata: "Pada masa ini saya rasa asas tidak mencerminkan harga."

Harga minyak mentah turun lebih 60 peratus daripada paras tinggi AS$147 setong pada Julai 2008 kepada di bawah AS$35 setong pada awal 2009 tetapi kini ia melantun kembali kepada AS$70 setong.

Mengenai tenaga diperbaharui pula, beliau berkata ia akan menjadi satu bentuk perniagaan penting Petronas di masa depan.

Petronas, kata beliau, mula melaksanakan bio-diesel daripada minyak sawit sejak 1980an lagi.

"Kami meneruskan penyelidikan generasi kedua dan ketiga bio-fuel dan tenaga diperbaharui memandangkan ia akan membentuk satu bahagian penting perniagaan di masa depan," kata Mohd Hassan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan