Ekonomi Malaysia dijangka pulih semula tidak lama lagi, kata Mukhriz - Berita Semasa | mStar

Ekonomi Malaysia dijangka pulih semula tidak lama lagi, kata Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dengan penurunan eksport Malaysia yang semakin perlahan dan berbekalkan sistem kewangan yang kukuh, negara dijangka pulih daripada kesukaran ekonomi sekarang tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Kita tidak boleh kata sama ada kita telah mencecah paras paling rendah. Tetapi ia merupakan satu petanda baik apabila kita melihat penurunan eksport yang semakin perlahan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Pusat Produktiviti Malaysia di sini, hari ini.

"Terdapat momentum baharu bahawa eksport kita menuju kepada keluk 'U". Ia tidak lagi penurunan menjunam," katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai penurunan seterusnya dalam eksport bagi April.

"Penurunan eksport masih lagi menjadi kebimbangan kita. Kami akan cuba mendapatkan maklumat daripada industri yang mencatatkan kemerosotan permintaan," katanya.

Meskipun unjuran yang berbeza diberikan tentang bila ekonomi negara akan mula pulih semula, Mukhriz berkata rizab asing Malaysia yang besar akan dapat membantu negara daripada kemelesetan global.

"Di bawah situasi ini, tunai adalah penting. Kita bernasih baik kerana mempunyai rizab asing yang besar," katanya. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan