Dua beradik lemas di Sungai Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Cuti sekolah bagi dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua mereka lemas di dasar Sungai Kelantan dalam kejadian dekat Kampung Betong, di sini hari ini.

Kedua-dua beradik itu, Muhammad Hakim Madiran, 9, murid Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas dan Muhammad Sharul, 6, ditemui di dasar sungai tersebut oleh seorang pekerja pam air, Zainuddin Mat, 44, pada 6.45 petang tadi.

Zainuddin berkata beliau terdengar suara orang minta tolong ketika beliau bekerja dan bergegas ke terjun ke dalam sungai.

"Saya hanya mengambil masa selama lima minit untuk mencari dua beradik itu dan mereka ditemui di dasar sungai. Malangnya mereka sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya beliau sempat meminta bantuan daripada beberapa orang penduduk kampung sebelum menghubungi pihak polis dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian.

Nenek mangsa, Hasnah Muhamad, 51, berkata Muhammad Hakim yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu dikatakan lemas ketika dia cuba menyelamatkan adiknya iaitu anak ketiga, yang terkapaikapai meminta tolong.

"Muhammad Sharul dipercayai tergelincir sebelum lemas dan ketika diselamatkan oleh abangnya itu mereka berdua dihanyutkan arus deras," katanya.

Hasnah berkata kejadian itu hanya disedari oleh rakan-rakan cucunya itu selepas beberapa minit sebelum berlari meminta bantuan daripada orang kampung.

Menurutnya sebelum ini cucu-cucunya itu tidak pernah datang ke sungai itu untuk bermain.

"Tetapi hari ini ibu mereka tidak sihat jadi mereka telah mengambil kesempatan untuk datang ke sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan