Desakan tukar nama SIS tidak relevan - Maria Chin

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) menganggap cadangan supaya pertubuhan itu ditukar nama dengan tidak menggunakan nama Islam secara langsung sebagai langkah yang tidak relevan.

Malah Pengurus Kanan SIS, Maria Chin Abdullah menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak berkepentingan terhadap pertubuhan itu.

"Orang yang membuat cadangan itu kita anggap sebagai tidak relevan, dan cadangan itu juga tidak relevan," katanya kepada mStar Online.

Beliau mengulas cadangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo agar SIS ditukar nama kepada nama lain yang tidak menggunakan nama Islam secara langsung bagi mengelakkan pandangan atau kenyataan daripada pertubuhan berkenaan menimbulkan resah di kalangan umat Islam.

Dr. Khir bagaiamanapun tidak bersetuju dengan cadangan PAS agar SIS diharamkan sekiranya didapati pertubuhan bukan kerajaan berkenaan (NGO) mengancam akidah umat Islam di negara ini.

Desakan sedemikian juga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bandar Baharu-Kulim, Zulkifli Noordin yang turut meminta Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyiasat SIS yang didaftar sebagai sebuah syarikat.

Mengulas lanjut, Maria berkata, desakan tukar nama SIS tidak perlu dibangkitkan kerana masyarakat sudah mengetahui dan memahami peranan yang dimainkan oleh pertubuhan tersebut sejak ia ditubuhkan.

"Orang awam dah tahu tugas kami, peranan yang kita lakukan... tak relevan timbulkan isu nama.

"Kita mahu orang nilai SIS dengan apa yang telah dilakukan, bukan dengan nama," katanya.

Tegas Marina, pertubuhan yang sudah wujud 20 tahun itu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama yang membawa keadilan kepada seluruh umatnya.

Jelas beliau SIS berpegang teguh dengan prinsip dan matlamat untuk membantu golongan wanita Islam yang berada dalam kesusahan.

"SIS tetap dengan pendirian kami untuk bantu wanita Islam yang memerlukan bantuan... kita ada prinsip yang perlu dipertahankan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan