Warga Malaysia mangsa terbaru H1N1 di Singapura

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura hari ini mengesahkan dua lagi kes Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan di negara bandar raya ini kepada 17 orang.

Kementerian Kesihatan hari ini berkata kes terbaru itu merupakan kes import dengan sejarah melakukan perjalanan ke kawasan yang terjejas, dan kedua-dua pesakit, termasuk seorang wanita warga Malaysia yang bekerja di sini, mempunyai simptom yang agak lemah dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata kes ke-16 membabitkan seorang warga India berumur 40 tahun yang bekerja di Singapura.

Beliau pergi ke Melbourne, Australia pada 31 Mei untuk urusan perniagaan dan pulang ke Singapura menaiki penerbangan SQ238 Singapore Airlines pada 6 Jun.

Pada keesokan paginya, dia mengalami simptom influenza itu tetapi hanya mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital swasta tengah hari semalam dan kemudian dimasukkan ke Pusat Rawatan Berjangkit (CDC) di sebuah hospital setempat yang mengesahkan jangkitan itu malam semalam.

Menurut kementerian berkenaan kes ke-17 itu membabitkan seorang warga Malaysia berumur 25 tahun yang bekerja sebagai pramugari dengan Singapore Airlines.

Beliau juga pergi ke Melbourne dan menunjukkan simptom itu pada 5 Jun semasa bercuti di sana.

Wanita itu pulang ke Singapura menaiki penerbangan EK405 Emirates Airways pada 7 Jun, tetapi alat pengukur suhu tubuh di lapangan terbang tidak mengesannya kerana beliau tidak mempunyai tanda-tanda demam ketika itu, kata kementerian berkenaan.

Semalam, beliau pergi ke klinik kerana sakit yang tidak mempunyai kaitan dengan selesema tetapi segera dirujuk dan dimasukkan ke CDC yang turut mengesahkan jangkitan itu malam semalam.

Kementerian itu berkata usaha mengesan kontak telah pun dimulakan bagi kes ke16 dan 17 yang disahkan.BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan