Pemuda Umno Selangor buat laporan SPRM berhubung agihan kontrak

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemuda Umno Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pengagihan kontrak pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya, dekat sini dibuat mengikut kuota parti politik.

Ketuanya Suhaimi Mohd Ghazali membuat laporan itu di Pejabat SPRM Selangor dekat sini pada pukul 2 petang.

Suhaimi berkata, laporan itu dibuat ekoran kenyataan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), A. Thiruvenggadam yang disiarkan dalam sebuah portal berita tempatan semalam bahawa wujud amalan sedemikian dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan Thiruvenggadam kerajaan negeri telah membahagi-bahagikan kontrak itu mengikut kuota iaitu 40 peratus kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 30 peratus masing-masing kepada DAP dan PAS.

"Kita (Pemuda) mahu supaya SPRM menyiasat perkara ini. Pada pandangan kami, amalan seperti ini tidak telus dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu di PULAU PINANG, Pertubuhan Penduduk Kampung Lorong Buah Paladi membuat laporan kepada SPRM cawangan Pulau Pinang kononnya berlaku penyelewengan berhubung pengambilan tanah kampung berkenaan bagi tujuan pembangunan.

Setiausaha pertubuhan itu, C.Tharmaraj berkata laporan itu penting supaya penyelewengan berkaitan pengambilan tanah berkenaan didedah demi memastikan nasib penduduk kampung berkenaan terbela.

"Semua maklumat berkaitan penyelewengan itu kami serahkan kepada pegawai SPRM," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy berkata, mesyuarat Exco esok akan memutuskan sama ada menubuhkan atau tidak sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam urusan pengambilan tanah itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan