Pembangkang perlu ada sebagai cermin kerajaan - Dr Mahathir

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada penutupan Muktamar PAS ke-55 di sini Ahad lepas, bagi penubuhan kerajaan perpaduan.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga tidak jelas, sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau Barisan Nasional (BN) dengan pakatan pembangkang.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP. PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," katanya.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau," katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Pengerusi Green Base Utama, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib berkata kilang itu mampu mengeluarkan 5,000 liter biofuel sehari.

Katanya biofuel yang dihasilkan adalah lebih bersih kerana kandungan sulfurnya hampir sifar.

Beliau berkata biofuel keluaran syarikat itu dijual pada harga lebih rendah iaitu RM1.40 dan RM1.50 seliter berbanding harga bahan api yang terdapat di pasaran sekarang. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan