Najib seorang suami dan pemimpin yang penyabar, kata Rosmah

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan para suami agar mencontohi perilaku suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin yang penyabar.

Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran.

"Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)," katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku 'Najib Perdana Menteri ke-6' di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Rosmah turut mengingatkan para suami agar tidak memarahi isteri kerana isteri juga mempunyai tanggungjawab dan mengalami tekanan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya berkata buku itu banyak mengimbau kembali kenangan pembaca kepada krisis serta masalah yang dihadapi Najib sama ada dalam kerajaan mahupun dalam parti.

"Pelbagai rintangan terpaksa dipikul dan ditangani oleh beliau (Najib) dalam pelbagai jawatan di sepanjang kerjaya politiknya termasuk sebagai Menteri Pertahanan selama 14 tahun," katanya.

Penulis buku tersebut, Noor Asmah Mohd Nawawi berkata beliau dan suaminya Yusof Harun mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan buku tersebut dan mula dicetak sebelum persidangan Umno Mac lepas.

"Kita membuat kajian dan berdasarkan fakta-fakta serta menemuramah rakan-rakan beliau. Kita tidak menemuramah beliau sendiri atau isteri beliau kerana kita mahu mendapatkan maklumat daripada orang yang dekat dengan beliau," katanya.

Buku setebal 820 halaman itu dicetak 3,000 naskhah pada keluaran pertama untuk diedarkan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan