Muthupalaniappan berdamai dengan Samy Velu

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tidak berjaya dalam persaingan dengan Datuk Seri S. Samy Vellu untuk merebut jawatan presiden MIC pada Mac lepas, bekas naib presiden parti Datuk M.Muthupalaniappan memutuskan untuk berdamai dengan pemimpin tertinggi MIC itu.

Muthupalaniappan turut menggesa supaya Samy Vellu terus menerajui MIC.

"Atas permintaan ramai orang di semua peringkat yang benar-benar ikhlas untuk memastikan kesejahteraan masyarakat India, saya dan Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati selama sejam (minggu lepas)," kata Muthupalaniappan dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata hasratnya untuk menjernihkan semula hubungan dengan presiden MIC itu adalah bertujuan untuk mencari jalan bagi memperkukuhkan semula MIC dan menjadikannya sebuah parti yang relevan semula bagi kaum India di negara ini.

Muthupalaniappan gagal dalam hasratnya untuk mencabar Samy Vellu bagi jawatan nombor satu parti itu Mac lepas selepas beliau tidak berjaya memperoleh jumlah minimum pencalonan.

Sambil mengakui yang "setengah orang" tidak suka dengan keputusannya untuk berdamai dengan Samy Vellu, Muthupalaniappan berkata ia demi kebaikan parti dan masyarakat itu.

"Menyedari masalah yang dihadapi dalam MIC dan situasi masyarakat India dan mengenali semua pemimpin sedia ada dalam CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat), saya rasa Datuk Seri S. Samy Vellu adalah orang yang tepat untuk terus menerajui masyarakat India melalui tanggungjawab kolektif," katanya.

Muthupalaniappan berkata selama ini beliau menjalin hubungan baik dengan pucuk pimpinan MIC itu tetapi disebabkan faktor keadaan dan ada pemimpin yang cemburu dengannya, hubungan itu menjadi renggang sehingga ke tahap kehadirannya tidak dialu-alukan.

Ekoran inisiatif perdamaiannya dengan Samy Vellu, Muthupalaniappan mencadangkan parti itu melakukan perubahan untuk menjadi lebih relevan dan diterima oleh masyarakat India.

Menyatakan kehilangan keyakinan masyarakat itu terhadap parti berkenaan berpunca daripada kegagalan kebanyakan pemimpin dalam menjalankan tugas mereka, beliau menggesa mereka dan anggota akar umbi untuk mengenepikan perbezaan pendapat dan saling bekerja sama untuk mendapatkan semula penghormatan masyarakat India.

Beliau juga mencadangkan semua cawangan MIC yang ditutup supaya diaktifkan semula dan pemimpin yang dipecat dan digantung diberikan jawatan mereka semula. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan