Malaysia cadang perairan Ambalat tidak dironda secara konvensional

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mencadangkan agar perairan Ambalat tidak dironda oleh kapal tentera laut milik Malaysia dan Indonesia mengikut cara konvensional seperti sekarang sebaliknya mencari suatu pendekatan yang lebih baik demi kepentingan bersama.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu akan dibawa oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal untuk dibincangkan dengan Panglima Angkatan Tentera Indonesia esok.

"PAT akan ke Indonesia petang ini untuk membincangkan isu ini dan kita akan mendapat reaksi dan cadangan balas dari pihak Indonesia, InsyaAllah esok," katanya.

Ahmad Zahid tidak pula menyatakan serta menjelaskan pendekatan yang dimaksudkan.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri pelancaran buku 'Najib Perdana Menteri Ke6' yang disempurnakan oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata perbincangan berhubung perkaraperkara dasar dan teknikal itu akan dipersetujui di dalam mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan dan Jawatankuasa Teknikal.

Katanya, isu Ambalat menjadi hangat kerana diperbesarbesarkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu, apatah lagi dalam keadaan dan suasana politik di Indonesia sekarang yang sedang mengadakan pemilihan presiden.

"Biarlah kita (Malaysia dan Indonesia) menyelesaikan masalah ini dengan cara ukhwah dan cara persaudaraan," katanya dan menurutnya cara terbaik ialah dengan mengadakan perbincangan dan perundingan.

Sementara itu, delegasi Komisi I Indonesia mahu kerajaan Malaysia menunjukkan sikap yang lebih serius dan tidak melengah-lengahkan perbincangan mengenai isu tuntutan bertindih kawasan laut Ambalat, agar satu persefahaman dapat dicapai segera.

Ketua delegasi itu, Dr Yusron Ihza menegaskan pendirian mereka mengenai isu itu semasa mengunjungi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

"Kami percaya Ambalat adalah milik Indonesia dan kami telah lama memanfaatkan kawasan itu," kata Dr Yusron dalam pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu.

Ambalat, terletak di timur Kalimantan dan di tenggara Sabah, merupakan kawasan laut yang kaya dengan hasil minyak mentah dan telah menjadi rebutan kedua-dua buah negara sejak tahun 1960-an lagi.

Setakat ini 13 rundingan di peringkat teknikal telah diadakan, tetapi tiada sebarang kata putus dicapai antara keduadua negara.

Seorang daripada anggota delegasi itu Dr Andreas H. Pareira pula mempersoalkan mengapa kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin Malaysia melakukan 17 perlanggaran di kawasan laut yang dipertikaikan itu sepanjang tahun ini.

"Kami meminta dan berharap agar Malaysia menghentikan kegiatan yang melintasi batas sempadan," katanya.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi berkata kehadiran tentera laut dan polis marin Malaysia adalah bertepatan dengan undang-undang antarabangsa dan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan sesuatu kerajaan menunjukkan kehadiran mereka di kawasan yang dituntutnya.

"Kecuali jika keduadua buah negara bersetuju untuk tidak menunjukkan kehadiran mereka (di Ambalat) jadi mungkin tidak akan berlaku sebarang salah faham," jelas Dr Wan Junaidi.

Dr Wan Junaidi berkata beliau akan menyampaikan pendirian Indonesia itu kepada anggota Parlimen Malaysia dan meminta pihak terbabit supaya mempercepatkan proses perbincangan.

Katanya pembelian kapal selam dan peningkatan kelengkapan ketenteraan negara barubaru ini, bukan untuk menunjukkan 'taring' atau berniat mengancam mana-mana pihak, sebaliknya hanyalah untuk tujuan pertahanan.

"Malaysia selama ini memegang prinsip 'kehadiran bersama secara aman" dengan mana-mana negara terutamanya negara serumpun seperti Indonesia," katanya.

Dr Wan Junaidi dan delegasi yang terdiri daripada enam Perwakilan Rakyat (Wakil Rakyat) Indonesia itu turut bersetuju bahawa lebih banyak pertemuan antara anggota Parlimen kedua-dua negara perlu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan