Kamaruddin: Saya tidak minta dilantik semula

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, beliau tidak meminta untuk dilantik semula ke jawatan itu selepas melepaskannya pada muktamar parti tersebut hujung minggu lalu.

Kamaruddin berkata, jika kepimpinan parti mahukan beliau untuk terus mengekalkan jawatan tersebut, beliau akan menolak.

"Saya perlu lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga saya.

"Isteri saya tidak sihat," katanya semalam.

Bagaimanapun katanya, beliau akan kekal sebagai ahli jawatankuasa parti memandangkan beliau telah dipilih oleh para perwakilan pada pemilihan Jumaat lalu.

Beliau turut menafikan desas-desus yang mengatakan beliau berundur daripada jawatan Setiausaha Agung kerana sekutu rapatnya, Datuk Husam Musa tewas dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden.

"Keputusan saya untuk bersara telah pun dibuat sebelum Muktamar.

"Keputusan pemilihan parti tidak mempunyai kaitan dengan keputusan saya," katanya.

Kamaruddin, 58, berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan melantik Setiausaha Agung dan penyandang-penyandang jawatan lain yang baru tidak lama lagi.

Katanya, kemungkinan akan berlaku perubahan besar dalam kepimpinan baru parti itu dan beliau "yakin yang parti mempunyai pemimpin-pemimpin yang berkemampuan untuk dilantik bagi jawatan-jawatan tersebut".

Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat memegang jawatan Setiausaha Agung PAS selama dua penggal sejak 2005.

PAS mengadakan pemilihan parti setiap dua tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan