Baik-pulih Stadium Sultan Ismail sebelum 16 Jun

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerja baik-pulih dan ubahsuai Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dijadualkan siap sebelum perlawanan Liga Super antara Terengganu dan KL Plus pada 16 Jun ini.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Che Mat Jusoh berkata jaminan itu diberikan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mokhtar Nong.

"Kita berpendapat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dijangka tidak dapat digunakan dalam masa sekurang-kurangnya satu tahun.

"Sebabnya siasatan masih berjalan dan banyak pihak dijangka terlibat dan pihak jawatankuasa beranggapan stadium tersebut tidak dapat digunakan dalam tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di sini.

Katanya sehingga siasatan ke atas Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak selesai, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan digunakan untuk semua perlawanan Liga Super, Liga Perdana dan Piala Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Che Mat Jusoh berkata pihaknya akan mengadakan lawatan ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kelantan pada 14 Jun depan untuk memastikan Kelantan menepati syarat yang telah ditetapkan oleh FAM sebelum ini.

Berikutan kes rusuhan di stadium berkenaan Mac lepas, FAM telah menggantung stadium berkenaan untuk semua pertandingan tempatan anjuran FAM.

Hujung bulan lepas, setelah beberapa kali menerima rayuan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), FAM membenarkan semula stadium berkenaan digunakan semula untuk perlawanan liga dengan beberapa syarat.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah mengubah kedudukan kaunter tiket dan membina terowong untuk laluan pemain memasuki padang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan