Peruntukan RM2.2 juta untuk penyuraian trafik sekitar Klang

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kementerian Kerja Raya bersetuju menyalurkan RM2.2 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bagi memulakan kerja-kerja penyuraian lalu lintas sekitar tapak Projek Menaiktaraf Laluan Persekutuan 5 Fasa Tiga dari Kapar ke Klang di sini.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata peruntukan itu dipohon JKR Selangor antara lain bagi menjadikan sebahagian jalanjalan yang melalui kawasan projek tersebut sebagai jalan sehala dalam usaha menyuraikan trafik.

"Peruntukan RM2.2 juta bukan merupakan jalan penyelesaian mutlak kepada masalah kesesakan lalu lintas itu tetapi yakin langkah tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pengguna jalan raya di Bandar Klang yang datang dari arah Shah Alam ke Pelabuhan Klang ataupun sebaliknya.

"JKR, Majlis Perbandaran Klang dan polis akan sentiasa mencari kaedah bagaimana mengurangkan kesesakan yang timbul ekoran projek berkenaan. Saya mintalah orang ramai bersabar sehingga isu ini selesai," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek Naiktaraf Jalan KaparKlang di sini hari ini.

Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sekitar projek itu adalah menjadikan Jalan Batu Tiga, Jalan Pasar, Lebuh Tapah, Jalan Mantin dan sebahagian Jalan Sireh sebagai laluan sehala; Jalan Nanas ditukar ke jalan sehala menuju ke Jalan Pasar; Jalan Kapar di antara Jalan Raja Bot dan Jalan Mantin menjadi laluan sehala ke arah Jalan Mantin dan Jalan Gelugor ditukar ke laluan sehala menghala ke Jalan Meru.

Jalan Meru di antara Jalan Gelugor dan Jalan Sireh pula dicadangkan menjadi laluan sehala menghala Jalan Sireh dan Bulatan 100 dinaiktaraf dengan pengurangan fasa bagi lampu isyarat.

Shaziman juga berkata kontraktor projek berkenaan, SPAZ Sdn Bhd, telah memaklumkan kepadanya bahawa projek Naik Taraf Jalan Kapar-Klang yang bernilai hampir RM32 juta itu dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini walaupun dijadualkan siap Mac tahun depan.

Baru-baru ini, beberapa peniaga yang telah lama di Bandar Klang utara khususnya dari Jalan Goh Hock Huat dan Jalan Tapah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap projek menaiktaraf berkenaan yang dikhuatiri boleh menjejaskan punca pendapatan mereka di situ.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerja pembinaan projek menaiktaraf Jalan KaparKlang dijangka akan mengalami kelewatan berikutan berlakunya beberapa masalah teknikal pada pembinaan jambatan baru ke Jambatan Kota Bandar Klang di sini yang dibina di bawah projek tersebut.

Diminta mengulas mengenai rasa kecewa Menteri Besar Terengganu terhadap JKR kerana tidak mengawasi daripada awal pembinaan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok di negeri itu, Shaziman berkata: " JKR sedang memantau dan menyiasat projek tersebut dan yakin dapat selesaikan secepat mungkin." BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan